PENAMPILAN semula Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris minggu depan bakal menjadi tumpuan selepas lima bulan berehat tanpa aksi kompetitif.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu dijangka berdepan laluan berliku seawal pusingan pertama apabila dijadual menentang pemain nombor 1 Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin.
Jika mara, Zii Jia bakal berdepan pilihan keempat dari China, Li Shi Feng di pusingan kedua sebelum bertemu Lu Guang Zu, juga dari China, untuk slot suku akhir.

Leong Jun Hao mendapat laluan lebih baik.
Di suku akhir pula, lawan yang menanti berkemungkinan besar ialah bintang Jepun, Kodai Naraoka yang terkenal dengan permainan bertahan agresif.
Sekiranya skrip mengikut ramalan, Shi Yu Qi dari China, pemenang dua emas Sukan Asia bakal menjadi penghalang terakhir sebelum pentas final.
Seorang lagi wakil perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, dijangka tidak berdepan masalah di pusingan pertama menentang pemain Switzerland, Tobias Kuenzi.
Dalam perseorangan wanita, K. Letshanaa akan menentang Saloni Samirbhai Mehta dari Hong Kong, manakala Goh Jin Wei berdepan pilihan ke-14 China, Gao Fang Jie.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketuai beregu lelaki negara di Paris 2025.
Turut menjadi perhatian, beberapa beregu utama negara seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendapat ‘bye’ ke pusingan kedua.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mendapat ‘bye’ namun Arif Junaidi-Yap Roy King perlu bertarung menentang pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroku Okamura.