MASIH mencari perlawanan bertuah yang mampu menghadiahkan kemenangan pertama, menjadi situasi paling sukar buat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang masih tercari-cari pentas untuk menghadirkan impak tahun ini.
“Saya cuma nak menang satu perlawanan dulu, itu pun dah cukup bermakna,” katanya menjelang aksi sulung di Terbuka Malaysia 2025.
Pemain berusia 24 tahun itu mengakui tidak sabar kembali beraksi di laman sendiri selepas lebih setahun tidak merasai sorakan penyokong tanah air.
“Excited (teruja) sebab lama sangat tak main kat Malaysia… lebih setahun juga, jadi memang tak sabar,” katanya.
Tze Yong yang baru pulih daripada kecederaan belakang turut menjadikan kejohanan ini sebagai medan untuk menguji tahap sebenar prestasinya selepas beberapa penampilan kurang meyakinkan di luar negara.
“Saya juga mahu lihat standard saya sekarang macam mana… tapi saya nampak ada peningkatan masa BAC, Taiwan dan Thailand… harap ada lagi peningkatan,” katanya yang tersingkir awal dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut.
Dia bagaimanapun lega kerana tahap kesihatannya kini jauh lebih baik dan tidak lagi dihantui kesakitan lama, namun tetap berhati-hati terutama dalam aspek pemulihan selepas perlawanan.
Ujian pertama di Malaysia Masters bakal menybaksikan Tze Yong berdepan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus, esok (Rabu).