SKUAD Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sukan Malaysia mengalahkan Sukan Sekolah Malaysia Pahang (SSMP) A, 3-2 untuk muncul juara Karnival Bola Sepak Wanita 7’s Terbuka Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Padang UMP, Gambang, pada Ahad.
Lebih manis, Nur Syafiqah Zainal Abidin muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 jaringan.
Dia juga meledak dua gol bagi membantu pasukan kendalian Mohammad Ezuan Othman mendakap kejuaraan.
Pasukan bola sepak wanita UiTM muncul Johan Karnival Bola Sepak 7'S Wanita IPT 2022 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2022 bertempat di UMP, Gambang, Pahang.
Nur Syafiqah muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 jaringan.
Foto: Sukan IPT pic.twitter.com/mOMPnA1snE
— Flash Sukan (@FlashSukan) October 23, 2022
Sebanyak 11 pasukan bertanding dan johan menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan piala, naib johan meraih RM3,000 dan hadiah iringan manakala pasukan tempat ketiga, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima RM2,00 dan ke empat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih RM1,000.
Hadiah disampaikan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin. Hadir sama Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli.