VELEDROM Nasional bakal mengumpul pelumba basikal ternama antarabangsa apabila dipilih menganjurkan Pusingan Terakhir Kejohanan Trek Piala Dunia 2026.

Pengumuman itu dibuat Presiden ACC merangkap presiden Peraekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill yang menyatakan bahawa Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengesahkan celedrom di Nilai, Negeri Sembilan itu dipilih selepas memenangi proses bidaan.

Presiden ACC merangkap Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berjaya membawa kejohanan berprestij antarabangsa ke Veledrom Nasional, Nilai.

Aksi berprestij itu dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 April di Velodrom Nasional, Nilai yang menjadi gelanggang utama trek berbasikal negara.

“Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia khasnya KBS atas sokongan padu yang diberikan serta kepada UCI atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia,” katanya, dalam kenyataan diedarkan PKBM.

Bintang berbasikal ttek negara pasti menyemarakkan pagi saingan Piala Dunia 2026.

Amarjit menegaskan kejohanan itu amat penting kerana ia menjadi medan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Adanya kejohanan berkelas dunia di Malaysia pasti membuka ruang buat lebih ramai pelumba mengalami sendiri cabaran berkelas dunia.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bintang negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan mengetuai cabaran.

Selepas kali terakhir dianjurkan di Ipoh pada 2001, kembalinya Piala Dunia Trek ke Malaysia dianggap bukti negara ini mampu mengangkat maruah sebagai hab berbasikal Asia.