DEMI cabaran di Seluruh England, Man Wei Chong nekad turun beraksi walaupun masih menahan sakit lutut kanan.

“Selagi ada peluang, saya mahu berjuang dan beri yang terbaik,” katanya penuh semangat, di Akademi Badminton Malaysia.

Wei Chong mengakui kecederaan yang dialami bukan penghalang untuk dia terus fokus pada persiapan.

“Saya tahu keadaan belum sempurna tetapi semangat untuk bermain itu lebih kuat,” katanya.

Bergandingan dengan Tee Kai Wun, mereka tetap menjalani latihan intensif bagi memastikan prestasi berada pada tahap kompetitif.

“Setiap hari kami bertambah yakin sedikit demi sedikit,” katanya.

Menurutnta, proses pemulihan kecederaan berkait ACL itu, dipantau rapi Institut Sukan Negara (ISN) memberi petanda positif menjelang kejohanan berprestij itu.

“Sasaran saya jelas, mahu berjuang habis-habisan di Birmingham,” katanya.