PELUANG berada dalam skuad Malaysian Tigers di Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023, menjadi satu pengalaman amat berharga buat penjaga gol negara, Muhamad Zaimi Mat Deris.

Pulang ke tanahair membawa pengalaman berharga dari Chennai, India, Zaimi mengakui bersyukur diberi peluang mengiringi penjaga gol utama, Muhammad Hafizuddin Othman di kejohanan berstatus jemputan itu.

“Terpilih bersama pasukan negara ke Trofi Juara-Juara Asia, satu pengalaman yang tidak mudah untuk diperoleh.

“Saya dapat pengalaman menentang pasukan-pasukan besar, dapat pengalaman bagaimana mahu mengawal tekanan di tahap yang tinggi,” kata Zaimi, menjadi penjaga gol kedua negara di kejohanan itu.

Muhamad Zaimi Mat Deris gembira dapat wakili negara. -Pix Hokita

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia berpeluang beraksi sebanyak empat perlawanan di kejohanan terbaik berharap terus diberi peluang.

Mengulas mengenai perjalanan skuad negara ke temasya Sukan Asia Hangzhou nanti, Zaimi berasakan pasukan kebangsaan perlu terus diberi peluang untuk mendapatkan perlawanan berintensiti tinggi, bagi mengekalkan momentum dan menyaingi pencabar yang pastinya mempunyai strategi baharu yang bakal digunakan kelak.

Skuad hoki lelaki kebangsaan muncul naib juar aTrofi Juara-Juara Asia 2023.

Zaimi sebelum ini turut disenarai dalam skuad 20 pemain yang menjulang trofi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh tahun lalu.

Namun pada kempen Piala Dunia Januari lalu, Adrian Andy Albert, memperkuat skuad negara bersama Hafizuddin dalam kejohanan berlangsung di Bhubaneswar-Rourkela.

Begitupun, siapakah penjaga  gol pilihan ketua jurulatih A Arulselvaraj ke Sukan Asia nanti.