PEMAIN tonggak pasukan Pahang Rangers, Harith Naim Mohd Nasir mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila membuat penampilan ke-100 bersama kelab dalam aksi menentang TOT United, Isnin lalu, yang turut diserikan dengan hatrik daripada pemain kelahiran Kuantan itu.
Bermula sebagai pemain muda berusia 16 tahun ketika kelab ini diwujudkan pada penghujung 2016, Harith terus menunjukkan perkembangan luar biasa sejak penampilan sulungnya pada kelayakan Liga Futsal Kebangsaan 2017.
“Saya rasa seperti baru semalam saya mula. Tak sangka, saya sudah membawa logo ini 10 tahun di dada, dan kini berdiri di sini dengan 100 penampilan bersama kelab yang saya anggap sebagai rumah sendiri,” kata Harith.

Harith Naim Mohd Nasir mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila membuat penampilan ke-100 bersama kelab dalam aksi menentang TOT United, Isnin lalu.
Antara pencapaian paling diingati pemain berusia 24 tahun ini termasuk empat gol yang dijaringkannya dalam kemenangan ke atas JDT pada final MPFL 2023, sekaligus membantunya merangkul gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu.
Bukan sahaja menjadi nadi utama pasukan, Harith juga merupakan pemain kebangsaan yang mendapat panggilan pertama daripada ketua jurulatih negara, Chew Chun Yong, ketika baru berusia 17 tahun dan terus menjadi sebahagian daripada skuad negara hingga kini.

Harith Naim Mohd Nasir mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila membuat penampilan ke-100 bersama kelab dalam aksi menentang TOT United, Isnin lalu, yang turut diserikan dengan hatrik daripada pemain kelahiran Kuantan itu.
“Setiap kali turun bermain, saya bukan hanya wakili diri saya, tapi seluruh Pahang yang percaya pada saya sejak awal,” tambahnya.
Dengan 100 penampilan kini dalam genggaman, Harith Naim tidak hanya menjadi tonggak pasukan, malah simbol kesetiaan dan kebanggaan buat futsal Pahang.