SEMBILAN pasukan telah mengesahkan penyertaan Kejohanan Liga Quaxa Miri 2023/2024 yang dijangka bermula pada 6 Januari 2024.

Antara pasukan tersebut adalah Clatech FC, Armin Team, San Thunder FC, Tajem Senuai FC, Dasan Rovers H.M, Black Owl FC, KBJM, Upai Semaring FC dan Educator FC.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah juara dengan wang tunai RM5,000, baucer RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala, naib juara akan menerima RM3,000 serta baucer RM500, piala dan medal dan ketiga mendapat RM1,500.

Semua perlawanan akan dilangsungkan di dua venue iaitu Padang Majlis Bandaraya Miri dan Padang Universiti Curtin pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Menariknya, sejumlah pemain bintang Sarawak yang pernah menggegar Liga Malaysia akan turut sama mewarnai sepanjang saingan berlangsung nanti.