TIDAK kisah bermain singkat atau lama, yang penting bagi Pearly Tan-M Thinaah adalah memberikan aksi terbaik setiap kali turun ke gelanggang.
Itu yang ditunjukkan gandingan wanita negara itu apabila mencatat kemenangan meyakinkan ke atas pasangan Hong Kong, Yau Mau Ying-Fan Ka Yan 21-17, 21-16 dalam masa 37 minit di Masters Malaysia, hari ini.

FOTO|ASIANA.MY
“Ya, game tadi dari set pertama kita agak slow sikit tapi selepas 11 mata kita mula biasa dengan gelanggang dan angin. Dari situ kita mula keluarkan gameplay kita. Harap boleh kekalkan konsisten untuk esok,” kata Pearly selepas tamat perlawanan.
Mereka yang masih segar dengan kejuaraan di Thailand, hujung minggu lalu akan berdepan pemain negara Gajah Perang, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad.

FOTO|ASIANA.MY
Bermain di hadapan penyokong sendiri di Axiata Arena turut menjadi pembakar semangat tambahan buat Pearly-Thinaah, hingga lah ke aksi Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Aaron-Wooi Yik tiada masalah menghadapi gandingan pecahan emas Olimpik dari Taiwan, Wang Chi Lin-Chiu Hsiang Chieh, mencatat kenenangan 21-18, 21-16 dalam masa 39 minit.
Juara Terbuka Thailand itu akan berdepan satu lagi pasangan Taiwan, Liu Kang Heng-Yang Po Han di pusingan kedua, esok.