PASUKAN Thailand akan menentang pasukan tuan rumah, Indonesia dalam separuh akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 2025 yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jumaat ini.
Jurulatih Thailand, Thawatchai Damrong-Ongtrakul, menyatakan bahawa beliau memang menginginkan pertemuan ini kerana menganggap skuad bimbingan Gerald Vanenburg sebagai salah satu pasukan terbaik dalam kejohanan.
“Bermain menentang Indonesia adalah sesuatu yang baik. Saya sudah berbincang dengan pemain, dan kami memang mahu bertemu Indonesia kerana akan ada ramai penyokong yang hadir,” kata Thawatchai.

Ketua Jurulatih Thailand B-23, Thawatchai Damrong-Ongtrakul. (Sumber Gambar: FB FA Thailand)
“Semakin kerap kami bermain menentang tuan rumah, semakin kami boleh mengukur potensi pasukan. Jika kami mahu menjadi juara sekali lagi, kami perlu hadapi cabaran ini.”
“Kami tahu Indonesia adalah antara pasukan terbaik ASEAN, dan jika mahu menjadi nombor satu, kami mesti bersaing dengan pasukan hebat seperti ini,” katanya semalam.
Pertemuan antara Thailand dan Indonesia B-23 di separuh akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 2025 merupakan ulangan kepada aksi separuh akhir edisi 2023.
Ketika itu, Indonesia menewaskan Thailand 3-1 di Stadium Rayong, sekali gus menggagalkan usaha Thailand untuk mencatat pencapaian tiga kali berturut-turut ke final.