KEGAGALAN skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Nafuzi Zain dalam saingan AFF serta kelayakan Piala Asia B-23 harus diberi perhatiansegera oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Prestasi hambar barisanpelapis negara menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju pembangunanbola sepak muda tanah air.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sukan & Sains Eksesais Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan, salah satu langkah yang wajar dipertimbangkanialah memperkasakan saingan Piala Belia dan Piala Presiden agar lebihkompetitif serta berdaya saing.

Memandangkan kini tiada lagi saingan Piala MFL untuk pemain B-23, sainganPiala Belia dan Presiden perlu dijadikan lebih kompetitif bagi memastikanadanya kelompok pemain berkualiti yang mampu mencabar pemain senior dalam skuad utama,” katanya ketika dihubungi Flash Sukan.

Dr Mohamad turut mencadangkan agar kedua-dua kejohanan itu turutmenampilkan format piala kalah mati yang berlangsung serentak, selain sainganliga sedia ada. Menurutnya, suasana pertandingan yang lebih sengit mampumeningkatkan tahap persaingan dan sekaligus mengasah mentaliti pemain mudamenghadapi perlawanan bertekanan tinggi.

Apabila pertandingan lebih kompetitif, saingan Piala Belia dan Presiden juga akan lebih menarik. Tidak mustahil ada stesen televisyen berminat membuatsiaran langsung, sekali gus meningkatkan nilai komersial serta memberipulangan kewangan kepada FAM,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, meskipun skuad senior kebangsaan kendalian Peter Cklamovski semakin konsisten dan berjaya memperbaiki ranking dunia FIFA, kegagalan skuad B-23 tetap menjadi masalah besar yang memerlukan tindakansegera dan proaktif daripada FAM.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung ketiadaan skuad pelapisdalam kebanyakan pasukan Liga Super selepas Piala MFL dimansuhkan. Hal inimenyebabkan ramai graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidakmempunyai laluan jelas untuk mengembangkan karier selepas tamat sainganPiala Presiden.

“Satu langkah lain yang wajar dipertimbangkan FAM ialah mengembalikansemula skuad Harimau Muda untuk bersaing dalam Liga Super. Sekurang-kurangnya pemain B-23 terbaik ada ruang beraksi di pentas kompetitif,” tambahDr Mohamad. Pandangan ini berasas kerana skuad B-23 negara pernahmencatat sejarah mara ke suku akhir Piala Asia B-23 pada 2018 ketikadikendalikan Datuk Ong Kim Swee, hasil peluang beraksi di saingan elitdomestik.