PERSEORANGAN lelaki negara, Justin Hoh mara ke suku akhir Terbuka Macau, selepas menewaskan pemain ranking ke-31 dunia dari India.
Pada aksi pusingan kedua itu, Justin yang menghuni ranking ke-45 dunia tiada masalah untuk mengatasi Ayush Shetty apabila menang straight set, 21-18,21-16 dalam tempoh 48 minit.
Kemenangan itu adalah yang ketiga buat Justin daripada lima pertemuan dengan Ayush.
Pada suku akhir esok, Justin akan berdepan pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen dengan rekod pertemuan menyebelahi lawan 1-0.
Esok adalah aksi suku akhir kedua buat Justin tahun ini selepas Terbuka Taipei Mei lalu.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lolos ke suku akhir Terbuka Macau.
Turut mara, pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengatadi pasangan China, Hong Yi Li-Huang Ke Xin.
Pilihan utama itu menang 21-18, 21-13 dalam masa 37 minit dan akan menentang pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.
Sementara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin masih gagal mengukuhkan kedudukan di pentas tertinggi, apabila teraingkir di pusingan kedua selepas tunduk 16-21, 16-21 kepada gandingan meningkat naik Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.