PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi tiada rungutan mengenai persembahan para pemainnya biarpun sekadar seri 1-1 berdepan kelab gergasi Thailand, Buriram United di Chang Arena malam tadi dalam aksi Kumpulan A, KejohananKelab Asean (ACC) bagi merebut Piala Shopee.
Pada pengamatan Kinoshi, pasukannya mengikut segala perancangan taktikalnya dan beliau mengganggap keputusan seri berdepan Buriram tetap satu keputusan penting dalam usaha pasukanya untuk melangkah jauh dalam saingan Piala Shopee musim ini.
“Saya amat berpuas hati dengan aksi pemain terutama di babak pertama. Kami mungkin gagal membawa pulang tiga mata penuh tetapi para pemain memberikan aksi terbaik berdepan lawan yang kuat di laman mereka.
“Saya juga berasa kami wajar berbangga dengan aksi kami malam ini, sehingga minit ke-95 kami masih mendahului dan aksi seperti malam ini mampu meningkatkan moral pemain,”kata Kinoshi ketika sidang media pasca perlawanan malam tadi.
Kini tumpuan Kinoshi adalah untuk memastikan para pemain kembali fokus dan bersedia untuk aksi Liga Super seterusnya berdepan Negeri Sembilan yang kini dikendalikan bekas ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil pada Ahad ini.
Aksi malam tadi menyaksikan Seangor terlebih dulu mendahului menerusi Chrigor Moraes padai minit 38 apabila bekas penyerang Buriram itu menyudahkan umpanan tonggak tengah kebangsaan, Noaa Laine untuk menewaskan Chatchai Budprom di gawang lawan.
Ketika perlawanan seakan berahir dengan kemenangan Selangor, Robert Zulj memastikan pasukannya mencuri satumata apabila berjaya meraih jaringan penyamaan pada minit kelima masa kecederaan.
Aksi berdepan Buriram trut menyaksikan ketangkasan penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al-Hafiz menyelamatkan bebeapa percubaan merbahaya barisan serangan Buriram yang diterajui Supachai Chaideed dan kemudian seorang lagi bintang Thailand, Suphanat Muentayang masuk di babak kedua perlawanan.