NURUL Izzah Izzati Mohd Asri gagal mempertahan pingat emas acara 500 meter (m) ujian masa wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, namun mencatat satu lagi kejayaan bermakna apabila memecah rekod kebangsaan milik Fatehah Mustapa.

Catatan 34.226 saat (s) dilakukannya pada pusingan akhir itu, memadam rekod kebangsaan milik Fatehah 34.542s, yang dilakukannya pada Sukan Sea 2017 di Veledrom Nasional, Nilai.

Begitupun, Izzah, 20, tetap menaiki podium apabila memenagi pingat perak dalam acara yang menyaksikan pelumba China, Jiang Yulu menang emas (33.426s) manakala gangsa milik Sakai Aki dari Jepun (34.273s).

“Walaupun meletakkan sasaran, saya tidak menyangka dapat melakukannya di sini kerana pelumba-pelumba hebat dari Jepun dan China turut bertanding, rasa kecut perut.

“Memecahkan rekod milik Kak Teha… ini adalah pencapaian terbaik saya dan harap selepas ini boleh pergi lebih jauh,” kata Nurul Izzah.

Mengatasi rekod kebangsaan milik Fateha Mustapa, satu pencapaian luar biasa dilakukan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, pada usia 20 tahun.

Meskipun gagal meraih emas namun atlet berusia 20 tahun tersebut berbangga apabila berjaya memecahkan rekod bekas ratu berbasikal trek, Fatehah Mustapa (34.542s) di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan memperbaharui catata baharu 34.426s .

“Sebenarnya saya tak jangka dapat pingat hari ini sebab ada banyak pelumba hebat seperti Jepun dan rasa sedikit kecut.

“Malah saya juga tak sangka dapat pecah rekod Kak Teha. Ini merupakan pencapaian terbaik saya dan harap selepas ini boleh pergi lebih jauh,”ujarnya.

Pada edisi tahun lalu di New Delhi, Nurul Izzah meraih pingat emas selepas mengatasi pelumba Korea Selatan, Kim Bo-mi (perak) dan pelumba India, Mayuri Dhanraj Lute (gangsa).