KELAB Manchester United bukan hanya berdepan krisis prestasi, tetapi turut bergelut dengan masalah identiti, kata Ruben Amorim selepas kekalahan 0-2 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam Ahad.

Pengendali kelab itu mengakui final Liga Europa yang bakal berlangsung 21 Mei depan bukan isu utama, sebaliknya masalah lebih besar sedang membarah di dalam kelab berstatus gergasi tersebut.

“Semua orang asyik fikir pasal final, tapi saya rasa itu bukan masalah sebenar. Masalah lebih besar adalah budaya dalam pasukan ini sendiri. Kita bukan lagi rasa takut bila kalah di laman sendiri dan itu sangat bahaya,” katanya.

Amorim yang menggantikan Erik ten Hag sejak November, gagal membawa perubahan ketara apabila United kini berada di tangga ke-16 liga dengan 17 kekalahan daripada 36 perlawanan.

Mereka hanya menewaskan Ipswich dan Leicester, dua pasukan yang sudah tersingkir sejak Januari lalu.

Rekod sembilan kekalahan di Old Trafford menyamai sejarah terburuk kelab itu. Amorim menegaskan, layak ke Liga Juara-Juara dengan memenangi final menentang Spurs tidak boleh dijadikan alasan untuk tutup segala kelemahan dalam kelab ketika ini.

“Main UCL atau tidak, itu bukan keutamaan. Kita ada isu yang lebih dalam budaya kelab ini sudah berubah, dan kalau kita tak perbaiki, ia boleh jadi detik paling gelap dalam sejarah Manchester United,” katanya lagi.

Beliau turut memberi amaran bahawa kekalahan kini seperti satu norma baharu bagi Red Devils.

“Kalau kita sebagai Manchester United tak rasa apa-apa bila kalah, maknanya kita sudah hilang roh sebagai kelab besar,” jelas Amorim.

Apa pun, peminat Manchester United di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri pasukan ini secara langsung dalam perlawanan istimewa menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025.

Kemungkinan besar mereka hadir sebagai JUARA Europa League! Jangan lepaskan peluang tengok keajaiban United depan mata anda — beli tiket sekarang di: myticketempire.com.