DATUK Lee Chong Wei membidas sikap rasis dipamerkan bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Bong Guang Yik.

Ujarnya, sukan sepatutnya menjunjung rasa hormat dan tidak menerima sebarang unsur perkauman.

“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang pantas mengendalikan isu ini.

Terdahulu Guang Yik dikatakan telah membuat ucapan dimedia sosial yang berbaur perkauman dan pertikaian agama yang nyata mengundang rasa tidak puas hati orang ramai dan mendesak agak hukuman dikenakan ke atasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Hannah kecam kenyataan Guang Yik