PENJAGA gol bola sepak wanita Chelsea, Ann-Katrin Berger memaklumkan kanser tiroid kembali menyerang dirinya setelah empat tahun disahkan bebas dari penyakit yang paling sukar diubati itu.
Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini telah menjalani diagnosis pada 2017 dan ianya disahkan kanser semasa bersama kelab Birmingham City.
Bagaimanapun, dia kembali bersama pasukan 67 hari kemudian. Berger juga sempat menyertai Euro Wanita 2022 pada Julai lepas. Disebabkan penyakit kanser tiroid kembali berulang, Berger akan kembali menjalani rawatan di hospital minggu ini.
Official Statement pic.twitter.com/o6Hg4mijX0
— Ann-Katrin Berger (@berger_ann) August 23, 2022
“Saya telah nyatakan sebelum ini sebagai seorang pemain kita harus melawan pada setiap hari untuk menjadi yang terbaik, dan itulah yang akan saya teruskan.
“Saya harap dengan berkongsi perjalanan hidup saya, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang turut mengalami keadaan kesihatan seperti saya.
“Saya sedang berunding rapat dengan doktor, juga pakar di London dan mendapat makluman rawatan saya akan dimulakan minggu ini.

Ann-Katrin Berger kembali diserang kanser tiroid setelah disahkan empat tahun bebas dari penyakit tersebut.
“Saya tetap kekal positif dan yakin rawatan saya akan berkesan seperti sebelum ini dan memandang ke depan untuk kembali ke padang bertemu anda semua di Kingsmeadow dan Stamford Bridge.
Untuk rekod, penjaga gol dari Jerman itu telah merangkul tiga gelaran Liga Super Wanita (WSL) bersama Chelsea dan berjaya meraih sarung tangan emas untuk musim 2020-2021.