PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akhirnya bersuara, dengan mengesahkan pejabatnya, menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), minggu lalu.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsi kepada media, badan induk badminton negara itu menyatakan bahawa SPRM hadir ke pejabat itu untuk mendapatkan beberapa maklumat.
“BAM memberi kerjasama penuh ketika lawanan SPRM dan pegawai SPRM juga menjalankan tugasnya dengan profesional,” kata kenyataan yang dikongsi kepada media, pagi ini.
Artikel Berkaitan:
Semalam, Flash Sukan melaporkan bahawa sumber dalaman SPRM mengesahkan pemimpin daripada badan induk badminton Malaysia itu disiasat dan dipercayai pemimpin terbabit adalah seorang memegang jawatan Timbalan Presiden.
Sebelum ini, sebuah portal berita, SCOOP memetik sumbernya memberitahu SPRM ke akademi terbabit di Bukit Kiara, minggu lalu.
Malah laporan itu juga menjelaskan bahawa belum menerima maklumat lanjut berkaitan siasatan yang dilakukan SPRM namun dipercayai berkaitan dengan penyelewengan.