GODISON Park bakal menyaksikan satu pertembungan luar biasa apabila bintang Everton, Ashley Young, berkemungkinan berhadapan anaknya sendiri, Tyler Young, yang bermain untuk Peterborough United dalam aksi pusingan ketiga Piala FA pada awal pagi Jumaat.
Ashley, yang kini berusia 39 tahun, masih merupakan pemain utama Everton dan dijangka turun beraksi menentang Tyler, 18 tahun, yang berpotensi membuat penampilan keduanya musim ini bersama Peterborough.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah kenyataan Tyler, yang berseloroh mengenai rancangannya untuk “memalukan” ayahnya di atas padang.
Ketika mengulas perkara ini di rancangan The One Show, Tyler mendedahkan bahawa dia mendapat sokongan penuh daripada ibunya, tetapi risau akan reaksi ayahnya jika rancangan tersebut berjaya.
“Kalau saya berjaya kalahkan ayah, mungkin dia takkan benarkan saya balik rumah lagi,” kata Tyler dengan spontan.
Everton, yang kini melalui lima perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dijangka menjadi pasukan pilihan menentang pasukan dari Liga Satu itu, walaupun lawan mereka turut berada dalam situasi serupa dengan rekod lima perlawanan tanpa kemenangan.
Namun, fokus peminat kini lebih terarah kepada pertembungan sentimental antara ayah dan anak ini, yang pastinya akan mencipta memori yang tidak dapat dilupakan, sama ada untuk Young senior atau Young junior.