DUA daripada tiga beregu campuran negara melangkah ke pusingan kedua Terbuka India, manakala satu lagi terkandas seawal pusingan pertama di New Delhi hari ini.
Pilihan kelapan kejohanan, Goh Soon Huat-Shevon Lai, memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menewaskan pasangan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin, 21-17, 21-17.
Gandingan suami isteri itu mengawal rentak permainan dengan kemas untuk mengesahkan kemenangan straight set di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah ke pusingan kedua Terbuka India.
Turut mara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang bangkit menundukkan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi, 21-10, 23-21.
Bagaimanapun, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa akur tersingkir selepas tewas kepada pilihan ketiga dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hampir mengejutkan beregu ketiga dunia dari Thailand, Dechapol Piavaranukroh-Supissara Paewsampran di Terbuka India 2026.
Pang Ron-Su Yin yang memenangi set pertama 21-17 gagal mengekalkan momentum sebelum kecundang 16-21, 20-22 dalam pertarungan 57 minit.
Pada pusingan kedua, Soon Huat–Shevon dijadual menentang pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong–Jhenicha Sudjaipraparat, manakala Jimmy–Pei Jing menanti lawan dari China atau Denmark.