PENYERANG Brazil, Roberto Firmino akan meninggalkan Liverpool setelah kontraknya tamat penghujung musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu telah bersama The Reds sejak menjalani perpindahan dengan yuran £29 juta dari Hoffenheim pada Jun 2015.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp pernah menyatakan bahawa dia mahukan Firnino untuk terus berada bersama kelab tersebut, namun pemain tersebut sedang berbincang tentang kontrak baharunya dan bersedia meninggalkan The Reds.

Disebabkan kehadiran beberapa pemain Brazil seperti Diogo Jota, Luiz Diaz, Darwin Nunez dan Cody Gakpo, ia menyukarkan Firmino untuk mendapat lebih minit permainan ditambah pula dengan kecederaan otot yang dialaminya.

Firmino sebelum ini memainkan peranan sebagai trio Liverpool dengan bantuan Mohamad Salah dan Sadio Mane, yang meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Bayern Munich tahun lalu.

Dia telah membantu Liverpool merangkul kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 30 tahun dan memenanginya pada musim 2019-2020.

Firmino telah membuat 26 penampilan dalam semua pertandingan musim ini, menjaringkan sembilan gol dan melakukan empat bantuan jaringan.

Dia turut terlepas aksi bersama skuad utama Brazil pada Piala Dunia 2022 Qatar, dan diketepikan ekoran kecederaan sebelum meneruskan sebagai pemain simpanan ketika menang ke atas Everton pada 13 Februari lepas.