GOL kelas dunia Sean Eugene Selvaraj minit ke-88 semasa membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) menewaskan Selangor FC 3-2 berpeluang dicalonkan dalam menyaingi anugerah Puskas 2022.

Laman bola sepak Fifa.com pada Selasa memuatnaik video dari Malaysian Football League (MFL) dengan jaringan Sean berada dalam tiga senarai terbaik mingguan Monday Magic.

Turut tersenarai adalah Francisco González Metilli dari kelab Club Atletico Central Córdoba (Argentina) dan pemain kelab Kidderminster Harriers (England), Nathan Lowe.

Ini membuktikan kualiti Liga Malaysia kita bukanlah ‘cap ayam’ apabila berjaya menambat minat laman pengendali bola sepak dunia mengikuti secara dekat perjalanan liga nasional.

Semalam, video tersebut turut diciap semula oleh BR Football dan menerima sambutan hangat dan pantas serta respon positif ramai peminat bola sepak.