SEJAK dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, kelibat Hannah Yeoh ada di mana-mana.

Rajin betul menteri yang seorang ni, hinggakan ada netizen yang melabelkan ‘Hannah Yeoh di mana-mana’.

Dek kerajinan beliau turun padang, Flash Sukan mengajukan soalan: “YB tak penat ke?”

“Sebenarnya cukup letih, tak cukup tidur.. tetapi kerana bila kita ada usaha daripada persatuan sukan, semua pihak yang telah mainkan peranan mereka, saya cuba sebaik mungkin untuk bantu.

Hannah Yeoh hadir di Majlis Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) baru-baru ini.

“Cuma saya tak boleh klon diri saya untuk pergi banyak tempat… itu ada kekangan dan saya juga ada tugasan di Parlimen, jadi saya minta kepada ramai penganjur yang telah jemput saya, saya minta mereka faham bahawa saya hanya ada masa sangat terhad untuk saya.. kali terakhir saya rehat pada cuti Tahun Baru Cina.

Hannah Yeoh turut bertemu dengan barisan pemain badminton profesional di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

“Terima kasih kepada KBS kerana banyak membantu saya… i just hope everybody can understand, kalau ada yang saya tak boleh hadir sendiri, tolong maafkan saya, saya dah cuba yang terbaik,” kata Hannah.

Menurut beliau, tujuan beliau cuba memenuhi semua jemputan kerana mahu memahami keadaan sebenar di peringkat bawah, mengenali industi sukan serta pemainnya dengan lebih baik.

Hannah Yeoh melihat perekembangan skuad bola sepak wanita kebangsaan, malah beliau turut bermain bola sepak.

“Infrastruktur sukan ini banyak tempat, saya tak dapat pergi semua tempat, jadi saya akan tengok berdasarkan masa yang ada.

“Sukan seperti bola sepak cukup popular, tetapi pasukan wanita kurang dapat perhatian, jadi saya bersama mereka untuk memahami juga,” kata Hannah, yang turut bermain bola sepak bersama skuad wanita kebangsaan, baru-baru ini.