PASUKAN Indonesia menjadi penghalang buat skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita kebangsaan apabila kedua-dua pasukan gagal mencapai kemenangan keatas pasukan tetangga ini.
Skuad lelaki menyukarkan laluan ke final Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia apabila terikat 2-2 sekaligus gagal kembali ke landasan kemenangan selepas tewas kepada Iran pada Jumaat.
Kedua-dua gol Malaysia disumbangkan oleh Firdaus Omar dan Ashran Hamsani namun gagal mengatasi kekentalan barisan pertahanan Indonesia dan terpaksa akur dengan keputusan seri.
Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
Round Robin – 13 August 2022
FULL TIME
Malaysia 2-2 Indonesia
10' FG Muhamad Alfiana (INA)
12' PC Muhammad Firdaus Omar
20' FG Muhammad Ashran Hamsani
24' PC Prima Santoso (INA) pic.twitter.com/ElE1w1o3Ac— MHC (@hockeymalaysia) August 13, 2022
Indonesia terus menjadi penghalang apabila skuad wanita negara tewas 1-0 pada aksi separuh akhir sekaligus gagal layak ke final dalam aksi di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok Thailand.
Kedua-dua pasukan bermain baik dan sering berbalas serangan namun Malaysia dikejutkan dengan jaringan minit akhir Indonesia untuk terlepas aksi final sama seperti ketika edisi 2019 lalu.
Women's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
Semi Final – 13 August 2022
FULL TIME
Malaysia 0-1 Indonesia
40' FG Desi Wardani
** Malaysia will play 3rd/4th placing against Kazakstan pic.twitter.com/ZrrWcLEIdJ
— MHC (@hockeymalaysia) August 13, 2022
Sementara itu skuad lelaki akan berhadapan Kazakhstan pada aksi terakhir kumpulan round robin esok untuk menentukan sama ada layak ke perlawanan akhir atau sebaliknya manakala skuad wanita juga akan menentang lawan yang sama untuk penentuan tempat ketiga pada Isnin.