ISU kelewatan pembayaran gaji pemain kelab Liga A1 Semi Pro, PIB Shah Alam terus menjadi perhatian apabila salah seorang isteri pemain meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan pemilik kelab yang dianggap tidak bertanggungjawab.
Isteri kepada salah seorang pemain mendedahkan bahawa suaminya telah tidak menerima gaji selama enam bulan, menyebabkan keluarga mereka berada dalam keadaan kewangan yang kritikal.
“Enam bulan suami saya tidak bergaji. Masalah hutang berada di tahap kritikal. Kami sekeluarga tertekan dan tidak tahu hendak ke mana lagi. Pemilik kelab memberikan sejuta alasan tetapi tetap menghilang,” luahnya dengan nada kecewa.
Dia turut menyatakan bahawa keadaan ini telah memberi kesan besar kepada kehidupan keluarga mereka, termasuk keperluan harian dan pendidikan anak-anak.

Pemain PIB Shah Alam dikatakan sudah enam bulan tidak bergaji.
Semalam, FLASH SUKAN melaporkan masalah tunggakan gaji pemain, jurulatih, dan staf sokongan sehingga berbulan-bulan lamanya, mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka.
Bukan itu sahaja, hampir enam bulan para pemain PIB Shah Alam tidak menerima gaji penuh sejak kali terakhir pada bulan Jun 2024.
ARTIKEL BERKAITAN : Owner ‘hilang’, gaji 6 bulan tak bayar