ESOK bermulanya langkah buat lima wakil negara membiluat perhitungan, siapakah rakyat Malaysia pertama mampu memenangi gelaran di kejohanan Jelajah Dunia Final (WTF) anjuran Persekutuan Badminton Dunia (WTF).

Sejak kejohanan berstatus Jelajah Dunia diperkenalkan pada 2018, belum ada pemain negara daripada lima kategori, perseorangan lelaki, wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran memenanginya.

Meskipun tiada seorangpun pemain yang layak dalam acara perseorangan lelaki mahupun wanita, kehadiran pemain beregu negara kali ini agak dominan apabila berada dalam senarai pemain pilihan di Hangzhou, China.

Rexy Mainaky bersama gandingan emas, Pearly Tan-M Thinaah di Bangkok. | FOTO Pearly Tan/Thread

Beregu wanita no.2 dunia, Pearly Tan-M Thinaah diletakkan selaku pilihan utama akan membuka saingan kumpulan A, menentang pilihan keempat kejohanan dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dengan rekod pertemuan memihak lawan yang lima kali menang daripada enam pertemuan.

Diharapka momentum kemenangan sejak menjuarai Terbuka Arctic (Oktober), Masters Kumamoto (November) dan Sukan SEA mampu diteruskan Pearly-Thinaah.

Dalam beregu campuran pula, dua wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (pilihan ketiga) berada satu kumpulan (B) dengan Goh Soon Huat-Shevon Lai dan kedua-duanya akan bertembung pada perlawanan pertama esok.

Penampilan juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di WTF pasti menjadi perhatian.

Dalam beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (pilihan kedua) berada dalam B, akan membuka saingan menentang jaguh Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri esok sebelum dijadual menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (India) dan Liang Wei Keng-Wang Chang (China) pada dua hari berikutnya.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun (pilihan keempat) pula berada dalam kumpulan A, aka memulakan cabaran menentang pemenang pingat emas Sukan SEA, Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi (Indonesia) esok.

Turut berada dalam kumpulan A, beregu no.1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin.