SKUAD Nadeshiko Japan membelasah Malayan Tigress dengan keputusan besar 16-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Jepun membuka tirai jaringan seawal lima minit melalui Anon Tsuda sebelum Mao Itamura menambah dua gol bagi meletakkan mereka selesa mendahului 3-0. Seterusnya, Anon Tsuda mencatat hatrik dalam separuh masa pertama, manakala Mao Itamura turut menghasilkan hatrik sendiri, menjadikan kedudukan 7-0 pada babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Jepun terus menekan tanpa henti. Asoka Furuta dan So Kojima masing-masing menjaringkan dua gol, sementara pemain lain seperti Sawa Tsuge dan Yuka Kurimoto turut menambah jaringan, memperbesar kelebihan Jepun.

Meskipun Malaysia cuba melakukan beberapa serangan, mereka gagal menembusi pertahanan ketat Jepun yang menguasai perlawanan sepenuhnya. Akhirnya, Jepun menamatkan perlawanan dengan kemenangan mutlak 16-0.

Nurdiana Syafiqah kelihatan sugul selepas pasukan negara tewas 0-16 terhadap Jepun

Kemenangan besar ini menegaskan status Nadeshiko Japan sebagai kuasa besar bola sepak wanita Asia, sementara Malaysia perlu memperbaiki prestasi mereka untuk cabaran akan datang.

Malaysia akan meneruskan perjuangan menentang pasukan Guam pada Ahad dalam usaha mencari kemenangan pertama dalam saingan kelayakkan ini.