PASUKAN badminton Malaysia tidak berdepan masalah untuk melepasi dua halangan awal dalam aksi kumpulan C Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China pada Isnin.
Skuad badminton remaja negara yang dibimbing oleh jurulatih Jeffer Rosobin berjaya menewaskan menewaskan Mongolia dengan keputusan 110-48 pada perlawanan pertama.
Mereka meneruskan momentun kemenangan apabila berjaya menumpaskan Norway 110-51 pada perlawanan kedua.
Rosobin mengakui bahawa dia tidak mahu barisan pemainnya memandang rendah terhadap pihak lawan mereka dan fokus kepada aksi berikutnya.
“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan pemain juga nampak sudah serasi dengan format baharu pertandingan.
Sebagai rekod, Kejohanan Remaja Dunia dimainkan dengan format baharu bagi edisi tahun ini, dengan 10 perlawanan membabitkan dua pemain masing-masing dalam kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Setiap perlawanan hanya akan bermain sehingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.
Selain Mongolia dan Norway, kumpulan C turut dihuni oleh pasukan Estonia dan Belanda, dimana pasukan negara bakal bertemu kedua-dua pasukan itu pada hari esok (lawan Estonia) dan lusa (lawan Belanda).