PERSEORANGAN wanita negara, Wong Ling Ching boleh dilabel sebagai ancaman baharu badminton Asia Tenggara, selepas prestasi hangatnya meletakkan dia sebagai calon paling berbahaya untuk mengejutkan lebih ramai pemain utama dunia di Sukan SEA Thailand.

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek mengakui keberanian luar biasa pemain muda itu menjadi senjata utama sehingga boleh dilabel ‘Giant Slayer’.

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek yakin keberanian Wong Ling Ching mampu cipta kejutan.

“Kalau saya tengok performance dia memang bagus, amat positif… dia tak kira siapa depan dia, yang penting dia main yang terbaik,” kata Rashid, yang pernah membimbing Ling Ching di zaman remajanya.

Rashid turut menegaskan Ling Ching memiliki sikap sang juara, sentiasa mencari ruang memperbaiki permainan dan tidak gentar menyerang lawan bertaraf dunia.

Wong Ling Ching perlu berusaha keras jika mahu menaiki podium di Sukan SEA 2025.

“Saya memang tak terkejut kalau dia boleh upset, sebab dia ada kualiti tu… sebelum ni pun dia dah terbukti pernah kalahkan pemain-pemain ternama,” katanya merujuk kemenangan Ling Ching ke atas pemain ranking 14 dunia Kanada, Michelle Lee selain mengejutkan jaguh nombor 10 dunia dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung.

Badminton individu akan bermula esok, dan Ling Ching dijangka mula meloloskan di ke pusingan berikutnya, namun dia perlu melepasi halangan pilihan keempat dari Vientam, Nguyen Thuy Linh di suku akhir sebelum dijangka bertemu pihan kedua Thailand, Ratchanok Intanon di pusingan empat terbaik.