SKUAD Baseball5 Malaysia menamatkan saingan Piala Asia Baseball5 ditangga kelima dari sembilan pasukan yang bertanding dan gagal layak ke peringkat separuh akhir.
Malaysia berjaya layak ke peringkat Super Round selepas menamatkan peringkat kumpulan di tangga kedua semalam namun tidak dapat meneruskan rentak cemerlang pada aksi hari ini.
Kegagalan mara ke peringkat separuh akhir ini juga menutup peluang Malaysia untuk layak ke Piala Dunia Baseball5 di Mexico pada November 2022 apabila hanya tiga tempat teratas bakal mengisi slot itu.
Game 21 Results 🇸🇬 3 – 5 🇲🇾
Thank you for tuning in our livestream! ✋🤩 https://t.co/6vqT2h95xY#baseball5 #b5asia #wbsc #playeverywhere@WBSC pic.twitter.com/iQ2aTxYVv0
— 🖐 Baseball5 ⚾︎ (@Baseball5) August 18, 2022
Dalam aksi Super Round, Malaysia mengharungi empat perlawanan dan tewas tiga perlawanan kepada Chinese Taipei, Jepun dan Hong Kong sebelum bangkit menewaskan Singapura dengan keputusan 5-3.
Chinese Taipei, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong adalah empat negara yang berjaya layak ke separuh akhir esok untuk merebut tiga tempat teratas sekaligus layak ke Piala Dunia.

Pasukan Baseball5 Malaysia bersama pasukan Jepun.
Peringkat separuh akhir dan akhir serta penentuan tempat ketujuh hingga kesembilan akan berlangsung esok sekaligus menutup Kejohanan Piala Asia Baseball5 yang pertama kali dianjurkan ini.
Baseball5 adalah disiplin baharu sukan Baseball-Softball yang hanya memerlukan sebiji bola sahaja dengan lima pemain yang boleh dimainkan di pelbagai permukaan bersaiz 1800cm x 2100cm.