Select Page

Misi serampang dua mata Cheng Hoe

Misi serampang dua mata Cheng Hoe

JURULATIH Selangor FC, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan tahniah kepada enam pemain Selangor FC yang berjaya dipanggil menyertai latihan bersama skuad senior kendalian Kim Pan-gon.

Pemain tersebut adalah Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Brendan Gan, Norhakim Hassan, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Aliff Haiqal.

“Tahniah kepada enam pemain yang dipanggil mewakili skuad kebangsaan dalam Piala Mitsubishi AFF. Itulah pemain  pemain pun ada tanamkan impian untuk mewakili pasukan kebangsaan kerana ia adalah peringkat tertinggi untuk mewakili pasukan kebangsaan,” ujarnya dalam sesi temubual bersama FLASH SUKAN

Dalam pada itu, jurulatih berasal dari Kedah itu turut mengimpikan Gergasi Merah menjuarai gelaran Piala Malaysia buat kali ke-34 serta mengintai slot automatik ke Piala AFC.

“Sebagai jurulatih, sudah tentu sasaran saya adalah untuk layak ke peringkat akhir. Di pentas final, kami ingin mencapai kejuaraan untuk mencapai misi tersebut tetapi saya tidak boleh memberi tekanan yang terlalu tinggi kepada pemain kerana rata – rata pemain adalah pemain muda.

“Kita mahu mereka memberi persembahan yang terbaik. Sudah tentu untuk mendapat keputusan yang positif,” katanya.

Selain itu, dia juga menzahirkan pujian kepada pemainnya kerana bekerja keras sepanjang musim dan berasa teruja kerana usaha kolektif bersama pengurusan serta staf kejurulatihan berjaya membuahkan hasil sehingga ke tahap ini.

“Saya begitu teruja pemain bermain di peringkat akhir Piala Malaysia kerana pemain telah bekerja keras dari awal musim. Kejayaan bukan datang melalui saya sahaja.

” Ia adalah kejayaan kolektif bersama pengurusan, staf kejurulatihan kerana mereka telah mengorbankan banyak masa dan itulah hasil kerja keras sepanjang tahun pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, dia sempat mengingatkan penyokong agar menjaga tingkah laku ketika memberi sokongan kepada pasukan masing-masing kerana sukan bola sepak sewajarnya menyatupadukan penyokong bukannya memecah-belahkan rakyat.

“Saya rasa apabila  final Piala Malaysia, semua peminat bola sepak ingin melihat pasukan masing – masing bermain di pentas final.

“Kita juga ingin melihat penyokong sentiasa menyokong pasukan dan memberi sokongan terbaik dan tidak ingin melihat insiden tidak diingini atau sebarang kekecohan berlaku. Lepas perlawanan kita harus gentleman dengan situasi tersebut,” katanya.

Video Terkini

Loading...