KESATUAN Ragbi Malaysia (MR) bertekad menutup jurang fizikal pemain negara bagi memastikan mereka setanding dengan lawan di pentas antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bakat MR, Shahizam Tukiran, mengakui pemain negara mula ketinggalan dari segi saiz tubuh berbanding pasukan yang memiliki pemain Kaukasia apabila memasuki usia remaja lewat.
Skuad bawah 18 tahun negara mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Sekolah Asia di Hong Kong, menewaskan China, Kazakhstan, Thailand dan Singapura untuk meraih gelaran sulung di kejohanan terbabit.
Skuad bawah 20 tahun turut menyerlah apabila meraih tempat ketiga di Kejohanan Ragbi Bawah 20 Tahun Asia di Bihar, India, selepas menewaskan China dan lebih baik berbanding pasukan terbaik Asia, cuma kita kurang dari segi saiz badan dan itu perlu diatasi,” kata Shahizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Tinggi MR.
MR kini merancang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Institut Sukan Negara bagi melahirkan pemain berpotensi besar serta memastikan pembangunan fizikal mereka berterusan.
Malaysia pernah menjuarai Kejohanan Ragbi Bawah 20 Tahun Asia dua tahun berturut-turut pada 2012 dan 2013 di Johor di bawah bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Wan Ibrahim Wan Chik.