FOTO : PFA

PASUKAN kebangsaan Palestin mungkin terpaksa menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023 bulan ini selepas konflik perang Israel-Palestin.

Sejak 7 Oktober lepas, kawasan Semenanjung Gaza yang memiliki kepadatan tertinggi penduduk Palestin sebelum kawasan itu diisytiharkan sebagai zon perang.

Selepas kejadian itu, kumpulan bersenjata Hamas melancarkan ‘Operation al-Aqsa Flood’ ke wilayah Israel di Semenanjung Gaza, di mana lebih 1,200 orang terbunuh dalam perang, lebih 5,000 telah cedera, dan 74,000 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal.

Kesan peperangan itu turut menjejaskan bola sepak Palestin dan dua pertandingan liga domestik, Liga Perdana Tebing Barat dan Liga Gaza, pada minggu lalu. Ini kerana kawasan di negara ini telah diisytiharkan sebagai zon perang.

Ia juga memberi impak kepada pasukan kebangsaan Palestin. Faktor ini mungkin mengancam pasukan itu menarik diri daripada Pestabola Merdeka 2023 di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, semua pusat pemeriksaan sempadan dan semua lapangan terbang antarabangsa ditutup.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu dengan lebih lanjut.

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh menyediakan solusi baharu sekiranya Palestin benar-benar menarik diri dan gagal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.