PEMAIN sayap Chelsea dan skuad kebangsaan England, Cole Palmer membuat penampilan secara terbuka buat pertama kali bersama teman wanitanya, Connie Grace, di acara GQ Men of the Year yang penuh glamor di Kensington Roof Gardens, London.
Menurut media London, yang lebih menariknya Palmer turut membawa ibunya, Marie, sebagai teman ke majlis berprestij itu, menunjukkan betapa pentingnya keluarga dalam hidup bintang bola sepak ini.
Palmer yang mengenakan pakaian hitam lengkap dengan bowtie tampil segak di acara tersebut.
Teman wanitanya, Connie, kelihatan anggun dengan gaun hitam berpotongan terbuka, sepadan dengan gaya Palmer yang elegan.
Manakala ibunya, Marie memilih gaun hitam berkilauan dan membawa beg tangan yang sepadan, memancarkan keanggunan tersendiri.
Hubungan rapat Palmer dengan keluarganya tidak asing bagi peminat bola sepak kerana pemain berusia 22 tahun itu sering mengakui bahawa ayahnya, Jermaine, adalah orang yang banyak mengajarnya tentang bola sepak.