KEMELUT melanda Sri Pahang FC akhirnya menemui noktah drastik apabila kelab itu sah menarik diri dan tidak akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Keputusan mengejut itu dimaklumkan kepada Flash Sukan selepas usaha demi usaha kelab mencari jalan penyelesaian terhadap isu dalaman pasukan menemui jalan buntu.

Situasi ini sekali gus menyaksikan slot Sri Pahang FC dalam saingan liga sama ada Liga Super atau Liga Simpanan bakal dikosongkan dan memberi kesan terhadap struktur perlawanan musim ini.

Dalam masa sama, beberapa pemain utama dan pegawai kejurulatihan pasukan turut difahamkan telah memohon pelepasan kontrak untuk mencari haluan baharu.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkembangan ini dalam masa terdekat.