BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menafikan kecederaan sebagai punca kekalahan selepas terkandas di separuh akhir Terbuka India.
Gandingan kedua dunia itu tewas kepada pasangan nombor enam dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 16-21, 13-21 di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
Pearly menegaskan keadaan fizikalnya tidak membimbangkan meskipun perlawanan sempat dihentikan seketika pada set kedua, dipercayai kaki kanannya seakan terseliuh.
“Saya rasa tiada apa yang serius, cuma ada sedikit tergelincir tadi dan syukurlah saya dapat menamatkan perlawanan dengan selamat,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Thinaah pula mengakui tekanan agresif lawan menyukarkan mereka mengawal permainan.
“Serangan mereka membuatkan pertahanan kami tidak begitu mantap dan itu perlu diperbaiki,” ujarnya.
Pearly-Thinaah selepas ini mengalihkan fokus ke Masters Indonesia bermula Selasa ini dan mereka ada finalis tahun lalu.