PEMAIN beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui masih banyak ruang untuk diperbaiki selepas gagal mengakhiri aksi terakhir bersama Loo Bing Kun dengan kemenangan di Malaysia Masters 2025.
Turun dengan semangat tinggi di depan penyokong sendiri, Ee Wei-Bing Kun menunjukkan tentangan sengit namun tewas dalam pertarungan tiga set kepada pilihan utama, sekali gus menamatkan kerjasama mereka secara rasmi.
“Kita sudah cuba yang terbaik. Memang sudah leading, tapi itulah… ini badminton. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Kena terima dan terus belajar,” kata Ee Wei.

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui masih banyak ruang untuk diperbaiki selepas gagal mengakhiri aksi terakhir bersama Loo Bing Kun dengan kemenangan di Malaysia Masters 2025. FOTO|ASIANA.MY
Bagi Bing Kun, dia akur pengalaman di pentas besar seperti kejohanan Super 500 memberi gambaran jelas tentang jurang di antara mereka dan pemain-pemain kelompok 30 terbaik dunia.
“Dekat level bawah tak ada rasa macam ni. Fans ramai, lawan pun semua top player. Dari pusingan pertama pun dah susah. Tapi pengalaman ni sangat berharga,” katanya, yang akan berpisah dengan Ee Wei selepas ini.
Ee Wei dijangka kembali bergandingan dengan Chen Tang Jie di Terbuka Singapura minggu depan namun tetap berharap pengalaman bersama Bing Kun dapat membantu mengangkat keyakinan rakan sepasukannya itu.

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui masih banyak ruang untuk diperbaiki selepas gagal mengakhiri aksi terakhir bersama Loo Bing Kun dengan kemenangan di Malaysia Masters 2025. FOTO|ASIANA.MY
“Saya tahu Bing Kun sangat disiplin, rajin, dan dia ada potensi. Saya harap ini permulaan baik untuk dia naik level dan orang lebih kenal siapa dia. Pemain muda kena kerja keras, jangan cepat puas hati.”
Dalam masa sama, Ee Wei percaya saingan dalam skuad beregu campuran kini semakin sihat dengan kemunculan beberapa pasangan baru yang menunjukkan peningkatan ketara dan berpotensi untuk pergi jauh.