BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mengakui lega akhirnya memecah badi pusingan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026 dengan kemenangan bergaya.

Pada aksi di Axiata Arena Bukit Jalil, pasangan pilihan negara itu hanya memerlukan 30 minit untuk menewaskan beregu India, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda 21-11, 21-9.

“I think it’s the first day and also a new season for both of us, so we want to keep the momentum going and discuss with coaches to come back stronger,” katanya Thinaah.

Pearly pula berkata: “Sebab sudah tiga kali kalah pusingan pertama, memang disappointed juga, tapi tahun ini kita betul-betul prepare dan fokus pada permainan sendiri.”

Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melengkapkan hari cemerlang pemain negara apabola memenangi perlawanan ke atas Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat (AS), 21-11, 21-19.

Tiga lagi wakil negara beeaksi hari ini, Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran), Arif Junaidy-Yap Roy King (beregu lelaki) dan Leong Jun Hao (perseorangan lelaki) turut mencapai kemenangan.