Lionel Messi of Argentina celebrates after scoring the team’s second goal during the international friendly match between Argentina and Iceland at Jordan-Hare Stadium on June 09, 2026 in Auburn, Alabama. Todd Kirkland/Getty Images/AFP (Photo by Todd Kirkland / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
Piala Dunia 2026 dijangka menjadi penampilan terakhir beberapa nama besar yang mewarnai bola sepak dunia sejak dua dekad lalu.
Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang masing-masing berusia 38 dan 41 tahun. Kedua-dua legenda itu berpeluang mengakhiri karier Piala Dunia mereka dengan satu lagi kempen istimewa bersama Argentina dan Portugal.
Selain itu, kapten Croatia, Luka Modric, juga dijangka mengharungi Piala Dunia terakhir pada usia 40 tahun selepas menjadi tonggak negaranya dalam beberapa edisi terdahulu.
Belgium pula mungkin mengucapkan selamat tinggal kepada Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, manakala Mesir menyandarkan harapan kepada Mohamed Salah untuk mencipta impak dalam kejohanan yang berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya.
Brazil turut membawa Neymar yang kembali selepas bergelut dengan kecederaan, sementara Bosnia dan Herzegovina masih bergantung kepada pengalaman penyerang veteran, Edin Dzeko.
Pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi, turut berada dalam kelompok pemain berprofil tinggi yang berpotensi mengakhiri perjalanan mereka di pentas Piala Dunia selepas edisi 2026.
Apabila tirai kejohanan dilabuhkan nanti, dunia mungkin bukan sahaja menyaksikan kemunculan juara baharu, malah mengucapkan selamat tinggal kepada generasi legenda yang mencorakkan era moden bola sepak dunia.