QATAR mengosongkan blok-blok apartmen d yang dihuni pekerja asing di kawasan pusat Doha yang bakal menempatkan peminat bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia.
Hal itu diluahkan pekerja yang dihalau, kepada Reuters.
Menurut pekerja terbabit, lebih sedozen bangunan dikosongkan dan ditutup oleh pihak berkuasa, memaksa ramai pekerja asing terutamanya dari Asia dan Afrika mencari tempat perlindungan termasuk meletakkan katil di luar kawasan kediaman lama mereka.
Tindakan itu diambil pihak berkuasa empat minggu sebelum sepak mula Piala Dunia bermula 20 November, menarik perhatian dunia mengenai layanan cara Qatar melayan pekerja asing dan pematuhan undang-undang sosial.
Pada malam Rabu lalu, pihak berkuasa meminta 1,200 penduduk yang tinggal di sebuah bangunan daerah Al Mansoura di Doha, diarahkan mengosongkan bangunan dalam tempoh dua jam.

Lebih sedozen bangunan apartmen dikosongkan dan ribuan pekerja asing hilang tempat tinggal di Doha
Menurut seorang pekerja asing, pegawai majlis perbandaran kembali pada jam 10.30 malam memaksa semua orang meninggalkan kediaman masing-masing sebelum mengunci pintu bangunan menyebabkan ramai yang tidak sempat mengambil barangan keperluan mereka.
“Kami tidak ada arah untuk dituju,” kata seorang lelaki kepada Reuters.
Lelaki itu bersama 10 lagi tidak berbaju berada di tengah kawasan lapang di bawah terik matahari.
Kesemua pekerja asing yang ditemui enggan nama memreka diwar-warkan kerana bimbang diambil Tindakan pihak berkuasa.
Turut kelihatan lima lelaki menyumbat cadar ke dalam trak pikap dan mengangkat sebuah peti sejuk, selepas memperoleh sebuah bilik di Sumaysimah yang terletak kira-kira 40 kilometer (km) di utara Doha.
Wakil kerajaan berkata, pengusiran itu tidak ada kaitan dengan Piala Dunia sebaliknya sudah dirancang selaras pelan komprehensif jangka Panjang penstrukturan semula Doha.

Wakil kerajaan mendakwa arahan pengosongan bangunan tidak ada kaitan dengan penganjuran Piala Dunia, sebaliknya sudah termaktub dalam pelan penstrukturan semula Kota Doha
“Semua telah ditempatkan di tempat selamat dan sesuai,” kata pegawai terbabt sambil mengesahkan arahan pengosongan dibuat melalui notis sewajarnya.
Badan induk bola sepak dunia FIFA tidak memberi respon dan meminta persoalan itu dituju kepada kerajaan Qatar.
Kira-kira 85 peratus daripada 3,000,000 populasi Qatar adalah pekerja asing.
Ramai antara mereka berkerja sebagai pemandu, buruh harian serta berkerja secara kontrak dengan syarikat yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan untuk mereka.