SKUAD olahraga negara kehilangan satu emas sebelum Sukan SEA Thailand membuka tirai secara rasmi, apabila juara bertahan 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy menarik diri daripada akibat kecederaan hamstring yang kembali menghantuinya.
Ketua jurulatih negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil mengakui, situasi itu memberi tamparan buat skuad negara: “Tanpa Shereen memang ada sikit goyahlah, tapi kita akan cuba sebaik mungkin.”

Mohd Manshahar Abdul Jalil sahkan tiada pengganti Shereen dalam acara 400m sekali gus hanya Chelsea Cassiopea menggalas cabaran di Bangkok.
Beliau menegaskan pihaknya kini perlu menyusun strategi baharu untuk dua acara berganti-ganti apabila menjelaskan, “Insya-Allah kita akan susun semula rangkaian 4x400m campuran serta 4x400m wanita.”
Manshahar mengesahkan kini hanya Chelsea Cassiopea Evali Bopulas akan menggalas cabaran 400m dan tidak ada pengganti Shereen.
Bagi acara berganti-ganti, Manshahar berkata, tempat Shereen bakal diisi pelari simpanan sama ada Nurin Aira Rusdi atau Shayna Marianne Pereira untuk 4x400m.

Ketiadaan Shereen yang juga pemenang pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou, amat dirasai skuad negara.
Beliau turut memaklumkan perbincangan akan dibuat bersama jurulatih bertanggungjawab sambil menyatakan, “Saya akan berbincang dengan Hisham Mustaza untuk rangka kuartet terbaik.”
Semalam, Flash Sukan melaporkan Shereen tidak mahu merisikokan dirinya kepada kecederaan lebih buruk memandangkan, banyak kejohanan besar tahun hadapan seperi Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Kehohanan Olahraga dalam dewan Asia.
Untuk rekod, Shereen memenangi pingat emas 400m di Kemboja dua tahun lalu, selepas menewaskan dua pelari Vietnam.