RATU skuasy negara, S Sivasangari terpaksa akur berputih mata apabila gagal merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas tewas kepada Olivia Weaver di final Terbuka Silicon Valley 2025 di Redwood City, pagi tadi.
Pemain No.8 dunia itu tunduk 1-3 (10-12, 11-4, 4-11, 4-11) kepada juara bertahan dan pilihan utama dari Amerika Syarikat itu dalam pertarungan sengit selama 47 minit.
Sivasangari bermula cemerlang apabila mendahului 10-8 di set pertama namun kesilapan kecil membuka ruang buat Weaver mencuri kemenangan
Pemain kelahiran Kedah itu bangkit di set kedua dengan corak agresif untuk menyamakan kedudukan, namun momentum segera berpihak kepada Weaver di dua set berikutnya.

Weaver, yang baru pulih daripada kecederaan, tampil tenang dan tajam untuk menutup aksi dengan pukulan ‘forehand boast’ yang memastikan kejuaraan ke-11 dalam karier PSA-nya.
Aksi final itu tetap memperlihatkan kematangan permainan Sivasangari yang terus menunjukkan peningkatan sejak kembali daripada kecederaan.
Walaupun kecewa, Sivasangari dijangka kembali lebih kuat apabila musim 2025/26 baru sahaja bermula dan lebih banyak kejohanan menantinya.
Kejohanan ini menjadi yang kedua buat Sivasangari muncul naib juara musim ini, selepas Piala Grasshopper April lalu selain 1 separuh akhir dan empat suku akhir kejohanan bertqraf Jelajah PSA dan Siro Dunia PSA.