PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari ternyata lega apabila pemainnya masih mengekalkan prestasi permainan berintensiti tinggi selepas menang mudah keatas Kelantan United FC 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.
Dia pada awalnya menjangka agak sukar untuk pemainnya kembali beraksi dengan corak permainan konsisten selepas berehat agak lama selepas kali terakhir beraksi pada 19 April lalu ketika bertemu PDRM FC di laman lawan.
Solari turut menganggap kejayaan mencatat ‘Perfect 10’ adalah hasil kerja keras setiap pemain dan perancangan rapi dalam mengharungi satu demi satu perlawanan sebagai faktor utama yang menbantu mereka merakam rekod baharu buat kelab itu.
10 wins out of 10 — The most consecutive wins from the start of a Malaysia Super League season.
More photos at https://t.co/ktooO2fPfL
Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/tgKiCKiLVP
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 14, 2023
“Apabila kami tidak turun beraksi pada perlawanan kompetitif, sudah tentu kami terpaksa meningkatkan semula tahap permainan yang berintentisi tinggi dan ia agak sukar terutama dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.
“Tetapi saya gembira dengan sikap semua pemain apabila mereka sedar tugas yang harus dilaksanakan dan memberi sepenuh komitmen ketika latihan dan diterjemahkan dalam permainan sehingga berjaya mencipta kemenangan besar.
“Sepanjang rehat selama tiga minggu, kami mengatur latihan serius dengan mempraktikkan gaya latihan pramusim dan memberi yang terbaik ketika sesi latihan dan saya kagum dengan persembahan mereka,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Pengendali Argentina yang mesra disapa Tano itu juga berpuas hati dengan kehadiran semula Natxo Insa dalam pasukan dan ianya memberikan kelegaan buatnya untuk melakukan penggiliran di bahagian tengah bertahan.
“Sudah tentu saya gembira Natxo sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan kerana dia memiliki karakter menarik sama ada di bilik persalinan dan di padang kerana dia adalah kapten pasukan manakala Hong Wan bertenaga muda dan kerap memberi persembahan terbaik di padang,” tambahnya.
Dalam perlawanan dihadapan lebih 10 ribu penyokong itu ada, Bergson Da Silva kembali mengekalkan momentum jaringan apabila melakukan hatrik manakala Fernando Forestieri menjaringkan dua gol dan satu lagi gol disempurnakan Leandro Velazquez menerusi sepakan penalti pada babak kedua.