SAYA tidak akan hanyut dengan wang insentif kemenangan!
Demikian menurut Toh Ee Wei apabila diajukan soalan adakah dia dan Chen Tang Jie akan besar kepala setelah menerima limpahan ganjaran.
“Wang yang dapat saya berikan kepada ibu bapa saya, mereka yang simpankan untuk kami,” ujar Ee Wei tenang, menolak sebarang tanggapan bahawa mereka akan berubah selepas bergelar juara.

Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akui mereka masih bergelar pemain dan tidak akan besar kepala semata-mata menjuarai kejohanan.
Mereka ditemui pada Majlis Penyerahan Insentif oleh syarikat jualan barangan elektronik terkemuka, Senheng.
Sementara itu, Tang Jie pula menegaskan dia akan kekal merendah diri dan tidak berubah dengan limpahan kemewahan: “Saya rasa tiada apa yang berubah bagi kami kerana kami masih pemain badminton dan mahu capai lebih banyak kejayaan untuk negara.

Chen Tang Jie menerima ganjaran wang tunai RM100,000.
Bagi mereka, piala dan ganjaran hanyalah simbol perjalanan, manakala misi sebenar adalah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di pentas antarabangsa.
Untuk rekod setakat ini, Tang Jie sudah meraih hampir RM190,000 manakala Ee Wei mengumpul kira-kira RM140,000 termasuk sumbangan barangan elektrik bernilai RM25,000 daripada Sengheng.