GANDINGAN baharu beregu campuran, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing mengakui kehadiran jurulatih baharu, Nova Widianto membantu mereka bermain dengan lebih mantap dan berkesan.

“Jurulatih baharu bagus kerana kita faham apa yang dia mahukan, dengan cara dan teknik latihannya,” katanya.

Jelas Pang Ron, dia berasa sedikit gugup pada set kedua kerana terganggu disebabkan faktor angin yang kuat pada set kedua.

” Nervous (gemuruh) sikit masa set pertama. Set kedua kita belum selesa dengan keadaan angin. Set ketiga kita semakin baik dan kita menang.

” Kita memang harus tukar gameplay. Kita tukar gameplay agak lambat sedikit sebab itu kita tewas set kedua, ” jelasnya.

Sementara itu, Teoh Mei Xing turut berasa bertuah kerana memiliki pasangan yang kuat serta lebih mahu menikmati perlawanan untuk digandingkan bersama jurulatih baharu, Nova Widianto.

” Saya agak bertuah kerana mempunyai rakan yang kuat. Kita memiliki kekuatan dan rakan saya membantu saya bermain dengan baik.

” Pertama kali, saya pun tidak letakkan tekanan terlalu banyak kepada diri saya. Saya hanya mahu menikmati perlawanan saya,” ujarnya.

Dalam aksi tersebut, gandingan negara menang 21-11 15-21 21-19 mengatasi pasangan Jepun ,K Yamashita-Naru Shinoya.