MENJELANG minggu ke-4 MPL MY, AC Esports mengumumkan penambahan pemain di posisi roamer dengan mendatangkan Valenz.
Valenz yang sebelum ini berstatus agen bebas selepas pasukan CG Esports dibubarkan kerana tidak menyertai MPL MY musim ini akhirnya telah direkrut oleh AC Esports bagi memperkuat pasukan.
Valenz pada musim lepas bersama CG Esports berjaya merangkul posisi kedua bagi MPL MY dan berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia di M7 World Championship.
Valenz bukanlah nama asing di dalam MPL MY kerana beliau sudah menyertai MPL MY bermula musim ke 7 lagi dan pernah merangkul ‘Regular Season MVP’ bagi musim ke-10.
Pada masa yang sama, Co-founder AC Esports, Boss Simon di laman instagramnya menyatakan perubahan perlu dilakukan buat pasukan.

Di dalam perkongsian ‘story’ instagram milik beliau, dua pemain telah dikunci buat pasukan di mana salah satunya, Valenz yang diumumkan beberapa jam selepas perkongsian beliau dan satu lagi pemain akan mula bermain pada minggu hadapan.
Beliau berharap dengan perubahan yang berlaku, AC Esports mampu untuk bangkit kembali selepas prestasi bagi tiga minggu pertama yang kurang memuaskan.
AC Esports menduduki tangga ke-6 liga dengan menyaksikan hanya satu kemenangan berjaya dicapai dalam lima perlawanan yang dihadapi.