WUSHU negara mempamerkan potensi emas ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini, selepas Tan Cheong Min mencipta sejarah meraih emas pertama Malaysia di Sukan Dunia 2025 di Chengdu, China baru-baru ini.

Dalam saingan di Chengdu Hi-Tech Zone, atlet berusia 27 tahun itu mengumpul 19.479 mata keseluruhan untuk mengetepikan cabaran Uzbekistan dan Singapura.

Tan Cheong Min lakar sejarah.

Kejayaan itu menjadi detik manis buat Cheong Min yang membuat penampilan sulung di temasya tersebut selepas menguasai acara Nanquan-Nandao.

Pingat emas itu turut menjadi suntikan semangat buatnya untuk memburu lebih banyak kejuaraan sepanjang musim 2025.

Sydney turut cemerlang.

Lebih manis, sehari sebelumnya Sydney Chin menghadiahkan gangsa buat kontinjen negara menerusi disiplin taijiquan-taijijian dengan kutipan 19.410 mata.

Acara itu menyaksikan emas milik wakil tuan rumah, Lu Zhuoling, manakala perak diraih atlet Singapura, Zeanne Law.

Sukan Dunia menjadi pentas mempertandingkan pelbagai acara dan disiplin sukan yang tidak disenarai dalam program Sukan Olimpik.