DESAS-desus terbaru dari kancah bola sepak antarabangsa mengaitkan penyertaan Malaysia dalam kejohanan jemputan CAFA Cup 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September ini di Asia Tengah.
Perkara ini mula mendapat perhatian selepas wartawan sukan dan penyelidik Asia Tengah, Thomas Bullock, menyatakan bahawa Malaysia dan Oman bakal menyertai kejohanan tersebut bersama lapan pasukan lain termasuk tuan rumah Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Afghanistan dan Iran.

Meskipun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Persatuan BBolasepak Malaysia (FAM), maklumat yang dikongsi Bullock mencetuskan spekulasi hangat bahawa skuad Harimau Malaya bakal terbang ke rantau berkenaan menjelang akhir Ogos.
CAFA Cup lazimnya menjadi medan persiapan penting buat negara-negara Asia Tengah sebelum aksi kompetitif Piala Dunia dan Piala Asia, justeru kehadiran Malaysia dalam kejohanan ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk menimba pengalaman luar zon ASEAN.
Lebih menarik, penyertaan Malaysia dijangka menggantikan Russia yang dilaporkan menolak jemputan edisi tahun ini.
Sekiranya benar, langkah ini bakal memperlihatkan kesungguhan Peter Clamovski dan barisan kejurulatihan negara dalam mempersiapkan skuad Harimau Malaya dengan lebih kompetitif, menjelang aksi kelayakan Piala Dunia dan Sukan Asia 2026.