KELAB Nottingham Forest terus dihantui kegagalan meraih kemenangan apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace, awal pagi Selasa.
Kekalahan tersebut mungkin menjadi pemisah antara mereka dan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Skuad kendalian Nuno Espirito Santo turun ke Selhurst Park dengan misi meraih tiga mata penuh namun dikecewakan penalti Eberechi Eze selepas pengadil mengubah keputusan asal menerusi semakan VAR.
Meskipun Murillo segera menyamakan kedudukan, Forest gagal menambah jaringan dalam baki perlawanan yang mendebarkan.
Kekalahan itu menyebabkan Forest kekal di tangga keenam dengan tiga perlawanan berbaki, dua mata di belakang Chelsea dan Newcastle.
Nuno mengakui anak buahnya bermula baik dan mendominasi sebahagian besar permainan, namun Crystal Palace tampil lebih berbahaya menerusi serangan balas dan kelicikan Eze serta Adam Wharton yang beraksi cemerlang di depan pengurus England, Thomas Tuchel.
Gol Murillo hadir ketika Forest dilihat mula longlai selepas jaringan Eze, namun ia tidak cukup untuk menamatkan perlawanan dengan senyuman.
Meskipun Palace hampir menambah jaringan pada lewat permainan, Forest boleh menarik nafas lega dengan keputusan seri itu namun masa kian suntuk buat mereka jika masih menyimpan impian beraksi di pentas tertinggi Eropah musim depan.