SEMBILAN pasukan lelaki dan tujuh wanita merebut gelaran dalam Liga Hoki Dalam Dewan (MHL) musim kedua, yang bakal berlangsung 10 hingga 18 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah, Shurizan Mansor berkata, beberapa pasukan baru mengambil bahagian dalam edisi kali ini.

Katanya, tiga pasukan baru menyertai kategori lelaki dan dua dua pasukan baru dalam saingan wanita.

Menurutnya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, sekali lagi menjadi pilihan sebagai venue kejohanan.

Sembilan pasukan lelaki bersaing dalam Liga Hoki Dalam Dewan MHL 2022

“Kita harap dengan penyertaan pasukan baru edisi kali ini, kami Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan sangat gembira kerana ia bakal membuka ruang untuk kami menilai pemain baru untuk diketengahkan ke skuad kebangsaan.

“Pada edisi kedua ini, kami mahu melihat mutu permainan lebih tinggi dari setiap pasukan, kerana ada pasukan yang membariskan pemain kebangsaan yang muncul juar apada Piala Asia Hoki Dalam Dewan di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Tujuh pasukan wanita bersaing dalam Liga Hoki Dalam Dewan MHL tahun 2022.

“Ahli Jawatankuasa turut berharap kejohanan kali ini akan berlangsung meriah dan lebih ramai penonton hadir ke Arena UPSI,” kata Zhurizan, selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah, ketiga tahun 2022.